Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya hati itu benar-benar bisa berkarat seperti berkaratnya besi.’ Selanjutnya beliau bersabda, ‘Apa yang dapat membersihkannya? Mengingat kematian dan membaca Al-Qur’an”. (HR. Baihaqi)
Melihat hujan turun dengan berdendangkan lagu Hati kita turut berbunga Menari dengan tarian tanpa arah Cuba untuk mencapai pelangi Hingga terlupa bila hujan ini berakhir
Lagu ini akan terhenti Namun hati kita masih bergelora Kerana bisikan hati yang kita mulakan Tidak terbatas sehingga kita mati
Jangan berikan hatimu itu padaku Penjarakan ia dengan pagar rindu Biarkan ia kosong agar kembali sunyi Untuk berfikir tentang tujuan dan destinasi
Apabila cahaya iman itu bersemi Ia akan sedar baik dan buruknya Dan tahu bahawa aku adalah fitnah semata
Berikan iman pada hatimu Lalu berikan hatimu itu padaku Apabila sampai tempoh waktunya Akan kumuliakan dengan lafaz sakinah
Jangan kau serahkan hatimu Sebelum sampai waktunya Kelak kita tidak akan temui jalan pulang Seperti bayang dalam air Bila dicapai ia kan hilang Kerana aku tidak sempurna Dan kelemahan aku adalah wanita
Bersabarlah dengan kesabaran Maryam Jangan terpedaya dengan muslihat dunia Sekalipun ia menjanjikan seribu bahagia Sampai masanya ia akan musnah Hanya meninggalkan titik hitam di dalam hati
Biar berpisah dari bersalah Biar mati dari mengingkari Kerana Indahnya Syurga Firdausi Hanya untuk pemilik hati yang suci
No comments:
Post a Comment